Berita UtamaDuniaUtama

Tentera Syria bebaskan 3 kampung dari kumpulan militan

Buru saki-baki anggota Jabhat Fateh al-Sham larikan diri

IDLIB, 2 Rejab 1441H, Rabu – Tentera Syria dan sekutu berjaya meluaskan kawalan di kawasan pedalaman Selatan Idlib, semalam sebagai sebahagian daripada strategi membebaskan penduduk dari cengkaman militan, Jabhat Fateh al-Sham.

Agensi berita SANA melaporkan, tentera gabungan itu kini mengawal penuh kampung Ma’ar Tamater dan Ma’artasin.

Kejayaan berkenaan diperoleh susulan daripada berlakunya pertempuran hebat dengan anggota militan Jabhat Fateh al-Sham, yang dahulunya dikenali sebagai Barisan Al-Nusra.

Media turut melaporkan, pertempuran mengakibatkan kumpulan militan berdepan dengan kerugian besar terutama daripada segi peralatan dan keanggotaan.

Laporan terbaharu mendedahkan, tentera kerajaan kini berjaya menawan semula kampung Baarbu dan mula memburu saki-baki anggota militan.

Dipercayai anggota militan Jabhat Fateh al-Sham melarikan diri ke bandar Kafr Nabl iaitu kubu kuat mereka yang terletak di bahagian Selatan Idlib.

Dalam perkembangan lain, tentera Syria menembak jatuh drone milik tentera Turki.

Drone tanpa pemandu buatan Amerika Syarikat (AS) itu ditembak selepas dipercayai melakukan tinjauan di kawasan sekitar Tenggara Idlib.-Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close