Berita UtamaUtama

PAS tak rela bersama DAP bentuk kerajaan campuran

Parti tidak boleh dipercayai, beri ancaman kepada perpaduan negara

BANGI, 2 Rejab 1441H, Rabu – Tiada sebarang sebab yang munasabah untuk PAS bersama DAP membentuk kerajaan, memandangkan parti itu banyak memberi ancaman kepada perpaduan negara dan menyebabkan ketidakstabilan politik.

Atas dasar itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh ketegasan Muafakat Nasional dan blok pembangkang untuk tidak bersama dengan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya membabitkan DAP.

Ketua Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin turut mengulangi kata dua yang dikeluarkan Muafakat Nasional sebelum ini, sama ada membentuk kerajaan baharu tanpa DAP atau menyerahkan kembali mandat kepada rakyat melalui pembubaran Parlimen.

“Kami tidak rela bersama DAP yang rasis dan cauvinis. Hakikatnya DAP sendiri, melalui tindakan-tindakan mereka selama memegang tampuk kerajaan, membuktikan mereka adalah sebuah parti yang rasis dan cauvanis.

“Tekanan dan desakan mereka supaya UEC diluluskan, serta campur tangan mereka dalam hal ehwal Islam dan Melayu, menyebabkan ketidakharmonian kepada negara dan perpecahan di kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Khairil Nizam berkata, DAP juga adalah sebuah parti yang tidak boleh dipercayai kerana bertindak hipokrit dalam isu peralihan kuasa perdana menteri sebelum ini.

“DAP bertindak hipokrit apabila sebelum ini lantang mendesak Tun Mahathir agar menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim, tetapi akhirnya membuat u-turn apabila menyokong Tun Mahathir kekal sebagai perdana menteri, setelah nyawa di hujung tanduk.

“Selama 22 bulan pemerintahan, DAP lah yang banyak memberikan ancaman kepada perpaduan negara dan menyebabkan ketidakstabilan politik, sehingga kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak lagi dipercayai rakyat dan tumbang kerana konflik dalaman,” katanya.

Sejak Ahad lalu, situasi politik negara terus ‘panas’ selepas beberapa pemimpin parti kerajaan dan pembangkang mengadakan mesyuarat tertutup, didakwa untuk penyusunan semula landskap politik Malaysia.

Keadaan semakin panas apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) umum mengundur diri dari PH, diikuti peletakan jawatan beberapa pemimpin tertinggi PKR dan peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai perdana menteri serta Pengerusi Bersatu.

Semalam, Muafakat Nasional dan pakatan pembangkang menegaskan tidak akan menyokong sebarang usaha membentuk kerajaan campuran sekiranya membabitkan DAP, sekali gus menggesa pilihan raya umum baharu diadakan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close