Berita UtamaPendapatUtama

Mengapa perlu bubar Parlimen?

Rakyat meluat dengan PH 1.0, tak bertahan hingga akhir penggal

LIMA kali kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini boleh menjadi indikator penting mengapa mandat pemerintahan harus dikembalikan semula kepada rakyat.

Punca utama kekalahan PH  adalah disebabkan oleh gugatn terhadap tonggak-tonggak utama negara, di samping mengabaikan janji untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

DAP adalah watak penting dan liabiliti utama kepada kerajaan hari ini.

Bermula 23 Febuari lalu, kemelut PH tercetus disebabkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekutunya, menekan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberikan tarikh spesifik penyerahan jawatan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.

Rentetan itu, kita menyaksikan tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada koalisi PH keesokan harinya, disusuli dengan peletakan jawatan  Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Hal ini jelas membuktikan bahawa kerajaan PH tidak kukuh, semakin goyah dan rapuh.

Apa yang boleh dilakukan oleh Muafakat Nasional (MN) setelah melihat PH tumbang susulan tindakan Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan 10 ahli Parlimen PKR yang lain keluar daripada PH?

Sudah pasti MN menghulurkan tangan bagi menstabilkan kerajaan dengan mengulangi sokongan kepada  Dr Mahathir sebagai PM.

Walau bagaimanapun, sokongan itu dituruti syarat untuk tidak bersama dengan DAP.

Prinsip yang jelas ini tidak boleh dikompromi, meskipun terdapat cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan atau kerajaan minoriti dengan DAP.

Disebabkan itu, maka rakyat melihat negara mempunyai tiga blok utama.

Pertama, blok  Dr Mahathir (Bersatu).

Kedua, blok MN dan ketiga ialah blok PH. Setiap blok tidak mempunyai majoriti yang cukup dan sukar untuk mendapatkan titik persefahaman.

Sekiranya blok Dr Mahathir membentuk semula kerajaan baharu (PH 2.0), maka tidak ada apa-apa perubahan.

Ia akan mengulangi semula naratif PH 1.0 yang sama, menampilkan sosok menteri kakistokrasi dan lebih teruk lagi didominasi oleh DAP, yang suka membakar api sentimen kaum dan agama.

Justeru, adalah wajar bagi Perdana Menteri Interim menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen segera supaya rakyat diberi peluang sekali lagi memilih kerajaan yang lebih mantap mengemudi negara.

Rakyat sudah meluat dengan PH 1.0 dan tidak mungkin mampu bertahan hingga akhir penggal.

Sekian, terima kasih.

Ahmad Marzuk Shaary
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa

Penafian: Kenyataan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net. Kenyataan ini pertama kali disiarkan dalam Facebook penulis.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close