Berita PilihanBerita UtamaUtama

Maldivews upah Amal Clooney wakili Rohingya di PBB

Mulakan prosiding terhadap Myanmar melanggar Konvensyen Genosid

ANKARA, 2 Rejab 1441H, Rabu – Maldives mengupah seorang peguam hak asasi manusia terkemuka, Amal Clooney untuk mewakili Rohingya di mahkamah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor agensi berita Anadolu.

“Saya gembira apabila diminta mewakili Maldives di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Saya tidak sabar untuk melakukannya dan mendapatkan keadilan untuk Rohingya,” kata peguam yang juga merupakan isteri kepada pelakon Hollywood, George Clooney.

Maldives berkata ia akan memfailkan pengisytiharan bertulis di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menyokong Rohingya, minoriti Muslim yang dianiaya di Myanmar.

Sebelum ini, Gambia mengemukakan satu permohonan di ICJ untuk memulakan prosiding terhadap Kerajaan Myanmar atas dakwaan melanggar Konvensyen Genosid.

Pemimpin Rohingya menyambut baik langkah Maldives itu.

Menurut Amnesty International, lebih 750,000 pelarian Rohingya, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah melarikan diri dari Myanmar dan menuju ke Bangladesh selepas tentera Myanmar melancarkan serangan terhadap masyarakat minoriti Islam pada Ogos 2017.

Sejak 25 Ogos 2017, hampir 24,000 umat Islam Rohingya dibunuh oleh tentera Myanmar, menurut satu laporan Badan Pembangunan Antarabangsa Ontario (OIDA).-Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close