Berita UtamaDuniaUtama

Kes COVID-19 meningkat, cecah 80,000 orang di seluruh dunia

Itali catat 11 kematian, lima negara lagi sahkan kes pertama

GENEVA, 2 Rejab 1441H, Rabu – Wabak novel coronavirus (COVID-19) yang mula melanda China pada Disember lalu, telah menular sehingga menyebabkan lebih 80,000 orang di seluruh dunia dijangkiti, menurut angka terbaharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sebilangan besar kes dilaporkan di China, diikuti Jepun dengan 691 kes disahkan di kapal pelayaran Diamond Princess yang berlabuh di Yokohama dan Korea Selatan yang kini mencecah 977 kes setakat, semalam.

Wabak berkenaan merebak cepat apabila kes terbaharu juga dikesan di negara Timur Tengah, Eropah dan bahagian lain dunia, dengan peningkatan kematian di Itali.

Sekurang-kurangnya 11 orang meninggal dunia akibat COVID-19, dengan 322 kes dikesan di Itali – negara paling teruk dijangkiti wabak di Eropah.

Sementara itu, beberapa lagi negara turut mengesahkan kes pertama positif COVID-19 membabitkan Algeria, Switzerland, Sepanyol, Austria dan Croatia.

Iran juga mengesahkan peningkatan kes kepada 95, dengan 15 kematian, menurut jurucakap Kementerian Kesihatan negara itu.

Jurucakap kementerian itu berkata, terdapat 34 kes baharu disahkan dalam tempoh 24 jam, termasuk 16 orang di bandar Qom.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close