Berita PilihanBerita UtamaUtama

Kerajaan tanpa parti politik tidak wajar: PAS

Parti politik beri watikah untuk bertanding bukan seseorang individu

KUALA LUMPUR, 2 Rejab 1441H, Rabu – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan bahawa parti politik mempunyai kuasa ke atas ahli yang bertanding pada pilihan raya umum (PRU).

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus melihat cadangan mewujudkan Kerajaan Persekutuan tanpa parti politik sebagai penyelesaian kemelut politik adalah tidak wajar.

Menurutnya, mengambil individu dari parti politik untuk menyertai Kabinet menjadikan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang ‘berkuku besi’ kerana menteri akan tunduk kepada beliau sahaja.

“Ini membelakangkan polisi dan prinsip parti yang menjadi sebab individu (dipilih parti) itu mendapat undi dalam pilihan raya.

“Parti politik yang memberi watikah bertanding bukan individu. Individu bebas tidak dapat sokongan rakyat dalam konteks sejarah politik tanah air melainkan beberapa individu tertentu sahaja,” katanya seperti dipetik Sinar Harian, hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir melalui perutusan menyebut bahawa beliau berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang.

Katanya, jika ia dibenar maka beliau akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti dan hanya kepentingan negara sahaja akan diutamakan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close