Berita UtamaDuniaUtama

Israel rampas tanah Palestin untuk bina jalan pintas

Tindakan biadab itu bercanggah dengan undang-undang antarabangsa

RAMALLAH, 2 Rejab 1441H, Rabu – Bukan hanya merampas tanah Palestin untuk memperluaskan pembinaan kediaman haram, rejim pengganas Israel turut membina jalan alternatif lain di Tebing Barat bagi kemudahan serta kegunaan orang Yahudi.

Jalan sepanjang tujuh kilometer itu dikatakan bermula dari kampung Zaatara dan melalui tanah milik rakyat Palestin di Huwwara, Beita serta Odala.

Sehingga kini, laluan di kawasan berkenaan dikongsi oleh penduduk Palestin dan orang Yahudi – di mana ia bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.

Sejak kerajaan Israel memutuskan untuk membina jalan pada April tahun lalu, lebih 40 hektar tanah dari perkampungan Palestin dan sekitarnya dirampas.

Projek melaksanakan jalan pintas melalui perkampungan Palestin itu telah lama dirancang, walaupun aktivis tempatan menegaskan bahawa ia menjejaskan penduduk di kawasan itu.

Laporan pasukan pemantau, Peace Now pada tahun 2019 berkata, jalan pintas berkenaan dibina untuk menghubungkan empat penempatan haram – Yitzhar, Itamar, Har Brakha dan Elon Moreh – yang mempunyai 7,132 orang Yahudi.

Menurut pasukan pemerhati itu, pembinaan jalan pintas berkenaan antara lain bagi memperluaskan penempatan haram dan rancangan ke atas Tebing Barat.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close