Berita UtamaUtama

COVID-19: Kes pertama dikesan di Algeria

Mangsa dikesan berdepan penyakit itu adalah warga Itali

ALGIERS, 2 Rejab 1441H, Rabu – Menteri Kesihatan Algeria Abderrahmane Benbouzid pada Selasa mengumumkan kes COVID-19 pertama dikesan di negara itu, lapor agensi berita Xinhua.

Dalam satu kenyataan kepada ENTV, Benbouzid berkata, pesakit warga Itali itu tiba di Algeria pada 17 Februari bersama seorang lagi individu, kedua-duanya dihantar ke Hospital Pasteur di Algiers.

Seorang daripada mereka disahkan dijangkiti virus itu. Pesakit itu telah dikuarantin untuk menjalani rawatan.

Menteri Kesihatan itu bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai umur dan jantina pesakit berkenaan. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close