Berita UtamaUtama

Tun M jumpa ketua parti politik

Perdana menteri adakan juga pertemuan dengan Azmin Ali

BANGI, 1 Rejab 1441H, Selasa – Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua parti politik di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan memaklumkan pertemuan itu membabitkan Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg (GPS); Tan Sri Muhyiddin Yassin (Bersatu); Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR); Lim Guan Eng (DAP); Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (UMNO); Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) dan Mohamad Sabu (Amanah).

Pejabat itu berkata, Dr Mahathir juga turut mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Azmin Ali dan dijangka bertemu Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, esok.

Sejak Ahad lalu, situasi politik negara terus ‘panas’ selepas beberapa pemimpin parti kerajaan dan pembangkang mengadakan mesyuarat tertutup, didakwa untuk penyusunan semula landskap politik Malaysia.

Keadaan semakin panas apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) umum mengundur diri daripada Pakatan Harapan (PH), diikuti peletakan jawatan beberapa pemimpin tertinggi PKR dan peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri serta Pengerusi Bersatu.

Hari ini, temuduga secara ‘personal’ semua Ahli Parlimen bersama Yang di-Pertuan Agong akan berlangsung di Istana Negara, selama dua hari sehingga esok.

Temu ramah itu akan dilakukan secara berperingkat, seorang demi seorang bagi mengenal pasti Ahli Parlimen yang menjadi sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8.

Difahamkan, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak terbabit dengan temuduga berkenaan berikutan Perdana Menteri Interim itu sudah mengadap baginda semalam.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close