Berita UtamaDuniaUtama

Sejuta pelajar Kashmir mula sekolah

Pihak berkuasa umum sekolah dibuka tetapi sekatan masih berterusan

SRINAGAR, 1 Rejab 1441H, Selasa – Hampir sejuta pelajar di Kashmir – wilayah yang sedang bergolak – mula menghadiri kelas untuk pertama kalinya dalam tempoh hampir tujuh bulan.

Sekolah mula dibuka pada hari Isnin menandakan berakhirnya cuti panjang sejak Ogos 2019, apabila kerajaan India mengenakan sekatan keselamatan dan perhubungan di rantau majoriti muslim itu, kemudian diikuti dengan cuti tahunan tiga bulan.

Minggu lalu, pihak berkuasa di Kashmir mengumumkan, untuk kali ketiga dalam beberapa bulan kebelakangan ini, persekolahan bermula kerana keadaan keselamatan masih terkawal dan keadaan cuaca bertambah baik.

“Saya sangat bersemangat untuk datang ke sekolab. Di rumah, tiada apa-apa nak buat, untuk tumpukan pada pelajaran amat sukar,” kata Yaqoob, hari terakhir hadir ke sekolah pada 3 Ogos tahun lalu.

Pada 5 Ogos, kerajaan di New Delhi telah memansuhkan Perkara 370 Perlembagaan, yang memberikan status istimewa kepada bahagian yang dikendalikan oleh India di rantau Himalaya.

…Ia termasuk hak untuk perlembagaan dan autonomi sendiri untuk membuat undang-undang mengenai semua perkara kecuali pertahanan, komunikasi  dan urusan luar negeri.

Di bawah tindakan keras kerajaan, yang menyaksikan ribuan orang termasuk pelajar yang ditahan, sekatan komunikasi yang ketat dan sekatan ketenteraan telah dikenakan di rantau ini untuk mencegah bantahan.

Aktivis Kashmir bimbang bahawa pembatalan Perkara 370 mengubah realiti geografi di Kashmir dengan menghapuskan undang-undang tujuh dekad yang telah melindungi demografi rantau ini.

Ketika langkah kontroversi itu, pihak berkuasa sudah dua kali mengumumkan pembukaan semula sekolah-sekolah.

Namun, para pelajar enggan hadir di tengah-tengah sekatan dan kebimbangan yang sedang berlaku di kalangan ibu bapa, ditambah pula berlaku ketegangan antara India dan Pakistan. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close