Berita UtamaUtama

Polis pantau demonstrasi tanpa permit malam ini

Poster ‘Demokrasi mati, Ayuh turun ke jalan' tular di media sosial

BANGI, 1 Rejab 1441H, Selasa – Polis akan melakukan pemantauan di Dataran Merdeka susulan penganjuran demonstrasi tanpa permit di situ malam ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penganjuran demonstrasi itu.

“Kami tidak menerima permohonan permit daripada penganjur demonstrasi itu. Bagaimanapun, anggota polis akan bersedia untuk memastikan keselamatan semua,” katanya seperti dilapor media tempatan hari ini.

Mohd Fahmi turut menasihati orang ramai agar tetap tenang dan mematuhi undang-undang negara.

“Kami akan memantau keadaan dan mengambil tindakan yang perlu untuk memelihara keselamatan semua pihak,” katanya.

Terdahulu, satu poster mengenai ‘Demokrasi mati, Ayuh turun ke jalan’ yang memaparkan slogan ‘Rakyat mandiri! Nasib kita bukan dalam tangan para politikus’ tular di media sosial.

Demonstrasi itu dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka jam 8.30 malam ini.

Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan berita palsu mengenai keadaan politik negara semasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap individu yang didapati sengaja menimbulkan kekecohan dan menggugat ketenteraman awam.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close