Berita UtamaUtama

Kembalikan hak rakyat, bubar Parlimen!

Syarat tak dipenuhi, usaha bentuk kerajaan baru tak dapat diteruskan

BANGI, 1 Rejab 1441H, Selasa – Kemelut politik negara kini masuk hari ketiga dengan suasana yang semakin ‘panas’ dan masih belum menemukan titik noktah pengakhiran.

Bertindak sebagai individu yang lantang mengkritik Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mengingatkan parti itu supaya menghentikan sebarang cerita kerajaan pintu belakang atau depan.

Beliau yang masih berdepan pertuduhan di mahkamah percaya isu yang berlaku jelas berpunca daripada pemimpin PH yang berebut kuasa sesama sendiri, tetapi bersikap menyalahkan pihak lain termasuk UMNO dan PAS.

“Cukuplah krisis ini. Cukuplah cerita back door, front door. Rumah pun tiada, nak berlanjutan sampai bila? Isu ini jelas pemimpin PH berebut kuasa.

“Tapi mereka salahkan orang lain? Salahkan UMNO dan PAS?,” katanya dalam tulisan di Facebook, hari ini.

Najib mengakui Muafakat Nasional – yang menggabungkan UMNO-PAS – ada memberikan sokongan kepada usaha pembentukan kerajaan baharu selepas runtuhnya PH.

“Ini adalah demi kesinambungan dan kestabilan Malaysia tetapi sokongan yang diberi adalah bersyarat. Syaratnya ialah kerajaan baharu ini tidak melibatkan DAP.

“Namun, memandangkan syarat ini tidak dapat dipenuhi maka usaha pembentukan kerajaan baru tidak dapat diteruskan lagi. Jika macam itu, kita kembali kepada rakyat.

“Kembalikan hak rakyat menentukan pihak mana yang wajar membentuk kerajaan. Kuasa di tangan rakyat. Tolak PH 2.0. Bubar Parlimen,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close