Berita UtamaDuniaUtama

Hosni Mubarak meninggal dunia

Bekas Presiden Mesir hembus nafas terakhir pada usia 91 tahun

KAHERAH, 1 Rejab 1441H, Selasa – Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di sini, pada usia 91 tahun.

Presiden keempat Mesir itu dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital tentera di Kaherah, selepas menjalani pembedahan pada Januari.

Menurut media tempatan, Mubarak tidak mempunyai komplikasi kesihatan, namun anaknya, Alaa, memberitahu bahawa bapanya dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas menjalani pembedahan.

Mubarak memegang jawatan presiden selama 30 tahun sebelum digulingkan berikutan pemberontakan besar-besaran melanda Mesir pada 2011, menerusi revolusi ‘Arab Spring’.

Beliau didapati bersalah atas pembabitan dalam pembunuhan penunjuk perasaan ketika revolusi dan dipenjarakan sehingga tahun 2017.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close