Berita UtamaDuniaUtama

9 kes COVID-19 di Timur Tengah

Turki, Pakistan dan Armenia tutup sempadan dengan Iran

TIMUR TENGAH, 1 Rejab 1441H, Selasa – Kuwait, Bahrain, Iraq dan Oman melaporkan jangkitan pertama wabak COVID-19 di negara masing-masing, semalam.

Kuwait melaporkan tiga kes, Oman dua dan Bahrain dan Iraq masing-masing mengesahkan satu kes, menjadikan jumlah negara di Timur Tengah dijangkiti virus COVID-19 kepada sembilan.

Sementara itu, Turki, Pakistan dan Armenia telah menutup sempadannya dengan Iran, di mana pihak berkuasa melaporkan 61 kes jangkitan COVID-19 dan 12 kematian.

Jumlah kematian di seluruh negara pada hari Isnin telah meningkat kepada 2,595 di antara 77,262 kes yang disahkan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Kes di Korea Selatan terus meningkat, mencapai 833 dengan tujuh kematian yang disahkan.

Sementara di Itali, tujuh kematian telah dilaporkan di utara negara dan jumlah kes yang disahkan telah meningkat kepada 229, menyebabkan langkah kecemasan di beberapa negara Eropah. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close