Berita UtamaDuniaEropahUtama

30 cedera dirempuh kereta

Insiden berlaku seminggu selepas 11 rakyat Jerman ditembak mati

BERLIN, 1 Rejab 1441H, Selasa – Sekurang-kurangnya 30 cedera selepas sebuah kereta merempuh masuk ke dalam sebuah pusat karnival di bandar Volkmarsen, semalam.

Media Jerman, Hessenschau melaporkan bahawa pihak polis percaya, pemandu kereta yang berusia 29 tahun itu telah melakukan perkara berkenaan dengan sengaja, namun motif jenayah itu masih lagi disiasat.

Selain itu, portal berita HNA turut melaporkan bahawa saksi-saksi yang berada di tempat kejadian menyasarkan untuk melanggar kanak-kanak ketika perarakan menyambut perayaan Kristian iaitu Rose Monday itu dilakukan.

Malah, pemandu kereta itu juga dilaporkan sengaja melanggar halangan polis di sekitar kawasan perarakan, di mana seramai 1,500 orang dijangka berkumpul.

Sementara itu, pihak polis mengarahkan pembatalan sebarang majlis dan karnival di negeri Hesse, selain bertindak mengawal penuh keadaan di bandar Volkmarsen.

Insiden berkenaan berlaku kurang dari seminggu selepas seorang lelaki menembak mati 11 rakyat Jerman, sebelum menembak dirinya sendiri. Perkara berkenaan adalah salah satu serangan perkauman paling buruk di Jerman sejak Perang Dunia Kedua. -Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close