Berita UtamaUtama

UMNO tak bincang siapa bakal PM: Ku Li

Peralihan politik positif untuk tentukan rakyat dipimpin kerajaan baik

BANGI, 30 Jamadilakhir 1441H, Isnin – Perubahan politik negara yang berlaku hari ini disifatkan sebagai situasi positif bagi menentukan rakyat dipimpin kerajaan yang baik.

Veteran UMNO yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui sudah tiba masanya kerajaan bertukar.

“Baguslah ada tukar kerajaan. Pasaran saham kita jatuh, ringgit pun jatuh.

“Setakat ini semua sudah tiada jawatan menteri…semua menteri dah gugur dan kerajaan pun sudah jatuh,” katanya seperti dilapor Berita Harian. 

Situasi politik negara dikejutkan apabila Dr Mahathir mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah berkenan menerima peletakan jawatan itu.

Bagaimanapun, Agong melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri baharu.

Sementara mengulas mengenai ‘individu’ yang bakal dicadangkan parti itu untuk jawatan Perdana Menteri, Tengku Razaleigh atau Ku Li menegaskan tiada sebarang perbincangan dibuat.

Katanya, jawatan terbabit hanya akan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Tiada (perbincangan siapa bakal calon Perdana Menteri). Itu Yang di-Pertuan Agong yang tentukan,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close