Berita UtamaUtama

Tun M tak wajar jadi PM ke-8

Jangan zalimi rakyat dengan ‘game’ politik tiada penghujung

BANGI, 30 Jamadilakhir 1441H, Isnin – Tun Dr Mahathir Mohamad sewajarnya tidak memimpin kerajaan baharu yang bakal ditubuhkan membabitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO, PAS, Warisan dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta sebahagian Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, jawatan Perdana Menteri yang disandang Dr Mahathir sebelum ini sewajarnya diberikan kepada pihak lain.

Beliau berkata, tindakan itu perlu supaya tidak berlaku sebarang aksi ‘tikam belakang’, pengkhianatan dan penipuan.

“Hari ini hampir menepati ramalan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan sepenggal. Rupanya lebih cepat sikit, iaitu kerajaan separuh penggal.

“Maka timbul persoalan apakah negara akan dapat Perdana Menteri baru. Ini akan terpahat dalam sejarah politik Malaysia.

“Politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan selepas terbentuk kerajaan PH penuh dengan muslihat dan pembohongan. Maka apakah kerajaan baru kedua yang bakal terbentuk ini tidak akan tertipu juga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sudah cukup ‘permainan’ politik Malaysia berpanjangan kerana rakyat yang menjadi mangsa. 

“Rakyat yang dizalimi. Baliklah kepada agenda rakyat. Jangan zalimi rakyat dengan game politik yang tidak ada penghujungnya. Jika Tun kekal menjadi PM dengan kerajaan baru ini ‘Trust deficit’ belum tentu pulih.

“Selamat maju jaya kerajaan baru ke 2,” katanya.

Situasi politik negara menjadi semakin hangat apabila Dr Mahathir dikatakan telah mendapat persetujuan daripada seramai 139 Ahli Parlimen ketika ini yang seterusnya membolehkannya untuk membentuk kerajaan baru menerusi pakatan baru.

Media tempatan melaporkan, jumlah itu dicapai melalui persetujuan kolektif parti membabitkan PPBM, UMNO, PAS, Warisan, GPS dan juga serpihan PKR.

Menurut sumber yang dipetik dari Harian Metro, kehadiran beramai-ramai ke Hotel Sheraton Petaling Jaya malam tadi telah menunjukkan bahawa kesepakatan sudah dicapai dan ia bukan hanya cakap kosong mana-mana pihak.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close