Berita UtamaDuniaUtama

Tentera Zionis tembak, kaut mayat penduduk Palestin dengan jentolak

Turut lepaskan tembakan terhadap orang awam, beberapa orang cedera

GAZA, 30 Jamadilakhir 1441H, Isnin – Tentera negara tidak diiktiraf, Israel dilaporkan menembak mati dua penduduk Palestin berhampiran pagar pemisah di Semenanjung Gaza.

Tentera Israel mendakwa, dua rakyat Palestin itu ditembak selepas didapati sedang menanam alat peledak di sepanjang pagar di Timur bandar Khan Yunis.

Pusat Media Timur Tengah Antarabangsa (IMEMC) melaporkan, tentera Zionis bertindak kejam apabila mengaut mayat yang ditembak mati dengan menggunakan jentolak.

Berang dengan tindakan itu, sekumpulan penduduk Palestin yang berada di kawasan sekitar bertindak membaling batu ke atas jentolak berkenaan.

Tindakan berkenaan mengundang rasa marah tentera Israel dan bertindak melepaskan tembakan terhadap mereka.

Beberapa orang dilaporkan cedera ekoran daripada tembakan tersebut.

Dalam pada itu, pergerakan Jihad Islam Palestin mengutuk tindakan kejam itu dan berjanji untuk tidak membenarkan perjanjian damai dengan Amerika Syarikat (AS) termeterai.– Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close