Berita UtamaUtama

Perubahan politik: Semoga pemenangnya rakyat Malaysia

Aspirasi politik wajar selagi tahu batas etika, nilai: Tok Mat

BANGI, 30 Jamadilakhir 1441H, Isnin – Dalam percaturan politik yang sedang berlaku, semoga pemenangnya adalah rakyat tanah air kita Malaysia dan demokrasi, demkian kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau dengan penuh harapan mahukan rakyat negara ini berada dalam keadaan aman dan tidak menjadi mangsa bagi konflik politik yang melanda tanah air.

Beliau yang lebih mesra panggilan Tok Mat berkata, apa yang berlaku semalam dan hari-hari mendatang akan memberi dampak besar kepada perubahan politik di Malaysia.

“Kepada rakan-rakan di persada politik, cita-cita dan aspirasi politik sesungguhnya adalah wajar, selama pandai menginsafi batasan etika dan nilai.

“Teringat saya pesan Gus Dur. Kata beliau: ‘yang lebih penting dari politik dan segalanya, adalah kemanusiaan’” katanya dalam satu kenyataan.

Situasi politik negara menjadi semakin hangat apabila Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah berkenan menerima peletakan jawatan itu.

Bagaimanapun, Agong melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu.

Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali memaklumkan, keputusan itu selaras dengan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close