Berita UtamaUtama

MP PAS, UMNO menghadap Agong jam 5 petang

Kita ada jumlah cukup 129 Ahli Parlimen, kata Takiyuddin

KUALA LUMPUR, 30 Jamadilakhir 1441H, Isnin – PAS mengesahkan semua Ahli Parlimen parti itu dan juga Barisan Nasional (BN) akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada jam 5 petang ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu yang memaklumkan perkara itu juga mendakwa, pihaknya sudah memiliki jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Ya kita ada jumlah yang cukup, iaitu 129 (Ahli Parlimen). Petang ini kami akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara,” katanya seperti dilapor portal Berita Harian.

Pada masa sama, Takiyuddin mengakui bahawa kesemua Ahli Parlimen PAS dan BN yang bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini turut akan Bersama-sama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri jam 1 petang tadi sebelum beberapa jam mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Selain itu, BERSATU mengumumkan keluar daripada Pakatan Rakyat, manakala 11 Ahli Parlimen PKR diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali keluar parti untuk membentuk blok bebas.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close