Berita UtamaUtama

Krisis berterusan dengan Anwar, punca Dr M letak jawatan?

Dasar PH gubal kabur, tak adil kepada sesetengah pihak: Penganalisis

BANGI, 30 Jamadilakhir 1441H, Isnin – Persengketaan berterusan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa antara punca Perdana Menteri melepaskan jawatannya, yang hanya bertahan selama satu tahun lapan bulan.

Penganalisis politik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Syed Alsagoff percaya krisis politik kedua-dua pemimpin tidak menyenangkan sesama sendiri.

“Tambahan pula, apabila mereka berdua berada di dalam satu pakatan yang sama,” katanya ketika temubual Pertiwi Ekslusif – Tun M letak jawatan, TV Pertiwi, hari ini.

Tun M mengejutkan ramai pihak apabila meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Pada masa sama, beliau turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketika ini, Dr Mahathir sedang menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Mengulas lanjut, Dr Syed Agil yakin Dr Mahathir melepaskan jawatannya dari kerajaan susulan isu-isu kontroversi yang melanda negara ketika ini, termasuk isu dalam Pakatan Harapan.

Memberi contoh parti DAP, Dr Syed Agil mendakwa bahawa terdapat parti kerajaan yang masih merasakan bahawa mereka masih lagi berada di tempat pembangkang dan bukannya kerajaan.

“Jadi, banyak suara di Parlimen seolah-olah suara pembangkang yang menjadi kerajaan. Dasar yang digubal oleh PH kadang-kadang kabur dan tidak memberikan keadilan kepada sesuatu pihak.

“Faktor-faktor inilah yang menyebabkan Dr M sendiri tidak selesa berada di dalam PH. Ini antara sebab mengapa rakyat memerlukan satu gagasan kerajan baharu,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close