Berita UtamaUtama

Kerajaan baharu kena fokus isu rakyat seperti minyak, tol

Perlu juga kaji hubung kait ekonomi, tahap kesihatan mental rakyat

BANGI, 30 Jamadilakhir 1441H, Isnin – Penganalisis ekonomi mahu kerajaan baharu yang bakal dibentuk memfokuskan isu-isu rakyat terlebih dahulu, sebelum memikirkan perkara yang lebih besar.

Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff percaya terdapat segelintir rakyat tidak memahami sesetengah terma yang digunakan oleh kerajaan selama ini.

“Sekiranya kerajaan bercakap tentang isu-isu makro, pertumbuhan KDNKK, tahap inflasi, ia tidak semestinya dapat difahami oleh rakyat.

“Selalunya rakyat lebih memikirkan perkara-perkara asas seperti kos minyak, tol, kos untuk bayar pusat penjagaan anak-anak dan sebagainya.

“Perkara ini kecil tetapi sebenarnya impaknya besar,” katanya ketika temubual Cakap Serupa Bikin TV Pertiwi, malam ini.

Pembentukan kerajaan baharu akan di laksana – pelantikan Perdana Menteri dan Kabinet – selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan petang tadi.

Sebelum ini, PH membentuk kerajaan dengan 139 kerusi menerusi komposisi empat parti komponen dengan sokongan Parti Warisan Sabah (WARISAN) serta UPKO pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018, kini hanya mempunyai 102 kerusi.

Parti memerintah memerlukan sekurang-kurangnya 112 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Mengulas lanjut, Ahmed Razman berkata, kerajaan baharu juga perlu mengkaji hubung kait pertumbuhan ekonomi dengan tahap kesihatan mental rakyat.

Beliau berkata, kajian menunjukkan ramai rakyat yang mengalami depresi berpunca daripada masalah kewangan.

Malah, katanya, tidak dinafikan ada orang Islam terbabit dalam kes bunuh diri berpunca daripada perkara sama.

“Kini, keadaan isi rumah sudah berbeza. Kalau dahulu suami sahaja bekerja, manakala isteri tidak perlu bekerja, Sekarang, kedua-duanya perlu bekerja berikutan keadaan ekonomi yang tidak begitu stabil,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close