Berita UtamaDuniaUtama

COVID-19: Negara jiran sekat hubungan dengan Iran

3 kematian, 15 kes jangkitan baharu berlaku dalam tempoh sehari

TEHRAN, 30 Jamadilakhir 1441H, Isnin – Lapan kematian dan 43 kes jangkitan Coronavirus Disease (COVID-19) di Iran menyebabkan negara jiran menyekat sebarang hubungan dengan Tehran, ekoran bimbang pihak berkuasa negara itu gagal menangani penularan wabak berkenaan.

Selain Iraq, Turki, Pakistan, Afganistan dan Armenia juga bertindak menutup sempadan negara mereka dengan Iran semalam, susulan pegawai di Tehran mengesahkan tiga lagi kematian dan 15 kes jangkitan baharu berlaku dalam tempoh sehari.

Sejak jangkitan COVID-19 mula dikesan di bandar Qom, Iran pada Rabu lalu, peningkatan kes dilaporkan mendadak, sementara Lubnan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengatakan individu yang melakukan perjalanan ke Iran disahkan positif wabak apabila tiba di negara mereka.

Angka kematian di Iran adalah jumlah tertinggi dilaporkan di luar China, di mana wabak telah meragut lebih 2,400 nyawa dan 77,000 orang dilaporkan dijangkiti.

Ketika wabak menular di Iran, pihak berkuasa mengarahkan sekolah ditutup dan membatalkan acara seni serta filem dalam usaha membendung COVID-19.

Kerajaan juga meminta 230 hospital seluruh negara bersedia merawat jangkitan.

Bagaimanapun, sebahagian kakitangan perubatan bimbang dengan kekurangan peralatan di hospital, sementara orang awam mula menyalahkan kerajaan gagal mengambil langkah pencegahan.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close