Berita UtamaUtama

Bina semula kerajaan baharu lebih adil, saksama

Sejarah buktikan pemerintahan orang Melayu-Islam lebih matang

BANGI, 30 Jamadilakhir 1441H, Isnin – Perubahan politik negara – yang menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri – bukan kebetulan, sebaliknya telah dirancang dengan baik dan disusun atur dengan bijak. 

Walaupun tindakan ini agak terlewat, Amir Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman yakin ia dapat mengubah pemerintahan negara daripada didominasi orang bukan Islam, bahkan dapat membina semula kerajaan baharu yang lebih adil dan saksama.  

Pemimpin gerakan Islam itu berkata, dalam isu ini kita melihat dari sudut perubahan yang membawa kebaikan kepada negara keseluruhannya. 

“Terbukti dalam sejarah, bila kita kembalikan pemerintahan kepada orang Melayu-Islam, mereka boleh mengamalkan politik yang lebih matang dan adil, termasuk memberi hak keadilan kepada semua kaum. 

“Kita boleh lihat hari ini, kerajaan didominasi oleh bukan Islam, mereka gunakan kesempatan untuk melaksanakan kepentingan mereka sahaja,” katanya secara langsung dalam Buletin Pertiwi, hari ini.

Ustaz Abdullah percaya rata-rata rakyat malaysia bergembira dengan perubahan politik, ini kerana selama kerajaan baru memerintah, rakyat berdepan bermacam masalah termasuk peningkatan isu radikalisme, gangsterisme, ekstremisme.

“Kegagalan pulih keadaan ekonomi negara, masalah rakyat, gagal tunai janji membuatkan rakyat hidup dalam keresahan. 

“Mereka rasa tersalah pilih, mereka sebenarnya menunggu perubahan yang segera tidak mahu tunggu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru membuat perubahan. Kerana kalau tunggu, saya percaya kerosakan lebih banyak akan berlaku,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close