Aminuddin bin YahayaBerita UtamaUtama

9 tuntutan PEMBELA

Penyelewengan berleluasa wajib dibetulkan

1. ORANG-orang yang menghina Yang di-Pertuan Agong supaya ditahan dan dihukum serta dibuang kerakyatan.

2. Orang-orang yang menghina agama Islam serta Nabi Muhammad ﷺ. dihukum sekeras-kerasnya.

3. Orang-orang yang menghina bahasa Kebangsaan supaya dibuang kerakyatan termasuk orang yang mahu atau cuba mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dalam Malaysia.

4. Orang-orang yang cuba menutup, melengah-lengahkan kes pembunuhan arwah Adib serta pembunuh-pembunuhnya supaya dihukum segera.

5. Orang-orang yang terbabit dan telah menggadaikan aset-aset Tabung Haji (Milik Penuh Umat Islam) supaya dibersihkan daripada pentadbiran Tabung Haji.

6. Orang-orang yang telah terbabit dengan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), yang bebaskan LTTE dan bersekongkol dengan LTTE supaya dibuang kerakyatan, malah disingkirkan daripada Malaysia dengan segera.

7. Orang-orang yang terbabit dengan rasuah dan projek pembaziran juga dikenakan tindakan tegas, termasuk salah guna kuasa.

8. Mengharamkan sekolah vernakular dan sekolah vernakular sedia ada ditukar terus kepada Sekolah Kebangsaan sahaja.

9. Dan banyak lagi penyelewengan kuasa yang berlaku selama ini, yang wajib diperbetulkan. Bukannya apabila tukar kerajaan, kerajaan baru itu boleh buat sesuka hati.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close