Berita UtamaPendapatUtama

Spekulasi perubahan politik mungkin jadi kenyataan?

Rakyat hadapi waktu perit, Perlembagaan dicabul DAP, konco-konco

KITA perlu bersatu mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan tanahair tercinta ini.

Sesungguhnya desas-desus yang bermula sejak awal pagi tadi tentang perubahan besar dalam landskap politik Malaysia kemungkinan besar akan berlaku.

Orang Melayu khususnya akan berasa lega sebentar setelah hampir 2 tahun melalui saat-saat keperitan dan pencabulan perlembagaan oleh DAP dan konco-konconya.

Yang terakhir ialah tindakan AG menggugurkan pertuduhan ke atas 12 orang yang disabitkan dengan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ini telah menghinakan kerja penyiasatan teliti yang dilakukan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kini dikritik teruk sehingga wujud petisyen untuk Perdana Menteri segera menggugurkan beliau.

Sudah tentu jika kerajaan baru terbentuk, beliau juga akan diturunkan dari tempatnya dan kemungkinan akan terus didakwa atas salah guna kuasa.

Namun DAP tidak mungkin berdiam diri. Pengganas yang menyokong LTTE, khabarnya memiliki senjata.

Ini bahaya, namun kita serahkan kembali kepada kebijaksanaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pihak keselamatan.

Kita perlu bersatu mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan tanahair tercinta ini.

Semoga Allah merahmati tanahair tercinta ini.

Ustaz Omar Kassim
Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close