Berita UtamaUtama

Petisyen pecat AG kini cecah 22,800 tandatangan

Desak supaya perdana menteri segera lucutkan jawatan Tommy Thomas

BANGI, 29 Jamadilakhir 1441H, Ahad – Hampir 22,800 orang telah menurunkan tandatangan menyokong petisyen dalam talian mendesak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, petisyen yang dilancarkan Jumpa Kat Mahkamah Official menerusi laman web change.org yang dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia berjaya mengumpulkan 22,808 tandatangan.

Jumpa Kat Mahkamah Official dalam petisyen itu menegaskan, Tommy perlu dipecat serta-merta susulan keputusan beliau yang tidak meneruskan pendakwaan ke atas tertuduh penyokong kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) serta bercanggah dengan pendirian Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara membuat keputusan menghentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas LTTE.

Tommy menegaskan keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap semua tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan yang sedang dihadapi mereka.

Bahkan katanya, keputusan itu mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkannya menjalankan kuasa budi bicara selepas menilai kes berkenaan mengikut undang-undang.

Bagaimanapun semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa peguam negara tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah undang-undang untuk mencampuri urusan yang berada di bidang kuasa menteri dalam negeri.

Beliau berkata, KDN mempunyai asas yang kukuh mengekalkan penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas berdasarkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa.

Kenyataan tersebut susulan gesaan Tommy upaya Muhyiddin selaku menteri dalam negeri mengkaji semula kedudukan LTTE sebagai kumpulan pengganas.

Untuk rekod, selain Malaysia, beberapa buah negara lain turut mengisytiharkan dan mengekalkan LTTE sebagai kumpulan pengganas dalam senarai negara masing-masing, antaranya, India, Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker