Dunia

Gempa bumi Sumatera korbankan satu nyawa

Sembilan lagi cedera, 53 gempa susulan direkodkan

JAKARTA, 4 Rabiulawal 1444H, Sabtu – Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda wilayah Sumatera, utara Indonesia pada Sabtu mengorbankan satu nyawa, menurut Agensi Meteorologi dan Geofizik (BMKG).

Ketua BMKG, Dwikorita Karnawati berkata, gempa yang dirasai di beberapa bandar itu turut menyebabkan sembilan yang lain cedera dan mendorong penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Katanya, kesan gegaran turut mengakibatkan lima rumah rosak dan 53 gempa susulan direkodkan selepas ia mula dirasai pada 2.28 pagi waktu tempatan.

Tiada risiko tsunami namun amaran potensi tanah runtuh di kawasan berbukit dikeluarkan.

Indonesia sering mengalami gempa bumi kerana merentasi ‘Cincin Api Pasifik’, zon aktif secara seismik di mana plat berlainan kerak bumi bertemu.

Pada tahun 2004, gempa bumi dahsyat berukuran 9.1 magnitud dan tsunami di hujung utara Sumatera mengorbankan 226,000 orang di Indonesia, Sri Lanka, India, Thailan dan sembilan negara lain. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button