Berita PilihanBerita UtamaUtama

Peralihan kuasa seperti disepakati: TPM

Fokus kini adalah tangani masalah dihadapi negara

KUALA LUMPUR, 28 Jamadilakhir 1441H, Sabtu – Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha menangani masalah dan isu yang dihadapi negara khususnya kesan jangkitan COVID-19 kepada ekonomi berbanding hal-hal seperti peralihan kuasa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah berkata isu penyerahan jawatan perdana menteri kepada penggantinya telah disepakati pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi.

“Kita mentadbir negara sebaik mungkin untuk perbaiki (negara)… kita sedang menghadapi kluster COVID-19, cara bagaimana kita menanganinya kerana ia (penularan virus korona) memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.

“Oleh itu, kita semua akan fokus (terhadap impak COVID-19 kepada negara). Isu peralihan kuasa telah disepakati semalam dan ditetapkan selepas APEC (Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik),” katanya kepada pemberita selepas melakukan pelepasan Kayuhan Kasih Mesra Fun Ride bersama TPM di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung keputusan Majlis Presiden PH malam tadi yang memutuskan bahawa peralihan kuasa adalah selepas persidangan APEC 2020 pada November dan menyerahkan kepada Dr Mahathir untuk memutuskan bila beliau akan mengundurkan diri.

Terdahulu, Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Pandan, meluangkan masa kira-kira sejam pada program kayuhan sejauh 30 kilometer (km) dan 5km anjuran Kelab Basikal Komuniti Ampang membabitkan penyertaan 500 peserta.

Mengulas program itu, beliau berkata ia adalah aktiviti riadah gaya hidup sihat yang bertujuan meningkatkan penjagaan kesihatan meliputi setiap lapisan masyarakat termasuk golongan berusia.-Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close