Berita UtamaUtama

LTTE: Pihak berkepentingan perlu cabar keputusan peguam negara

Lebih baik Tommy Thomas undur atau PPMM desak PM cari pengganti

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 28 Jamadilakhir 1441H, Sabtu – Tindakan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menghentikan 34 pertuduhan membabitkan suspek yang terkait dengan kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) telah melangkaui kuasa eksekutif Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Terkejut dan kecewa dengan keputusan itu, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, sebagai penjawat awam, Tommy perlu memberi pertimbangan kepada keselamatan negara, kepentingan dan keselamatan awam serta perhatian media.

Beliau berkata, pertimbangan itu perlu dibuat secara telus berdasarkan faktor di Malaysia bukan negara asing seperti Australia, Eropah atau Sri Lanka.

“Malah, peguam negara mesti memberi pertimbangan serius kepada pandangan yang diberikan oleh pihak polis yang merupakan penjaga keselamatan dalam negara.

“Sehingga kini tiada langsung kenyataan daripada pihak polis menyatakan LTTE bukan lagi isu keselamatan negara. Malah, LTTE masih tersenarai sebagai pertubuhan pengganas di Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Jabatan Peguam Negara membuat keputusan menghentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas, LTTE.

Tommy menegaskan keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap semua tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan yang sedang dihadapi mereka.

Bahkan katanya, keputusan itu mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkannya menjalankan kuasa budi bicara selepas menilai kes berkenaan mengikut undang-undang

Zainul Rijal berkata, tindakan mahkamah perlu dibuat oleh mana-mana pihak berkepentingan bagi mencabar keputusan peguam negara dan sebagai isyarat kepada Tommy supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan kuasa yang ada tanpa pertimbangan undang-undang yang betul.

“Tindakan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas ini dan beberapa siri tindakan beliau sebelum ini menzahirkan ketidakmampuan beliau menggalas tanggungjawab sebagai peguam negara dan pendakwa raya.

“Pada hemat PPMM adalah lebih baik beliau mengundurkan diri dari jawatan tersebut secara terhormat. Sekiranya beliau enggan, PPMM merafak sembah kepada Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri agar menggantikan peguam negara yang lebih berkemampuan dan telus di dalam melaksanakan tanggungjawabnya,” katanya.

BACA PENUH KENYATAAN PRESIDEN PPMM, DATUK ZAINUL RIJAL DI RUANGAN PENDAPAT ISMAWEB.NET

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close