Berita PilihanDuniaUtama

Bandar Raya Paterson benarkan laungan azan di luar kawasan masjid?

Jika lulus kebenaran berkuat kuasa dari pukul 6 pagi hingga 10 malam

UMAT Islam yang menetap di Paterson, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) kini pastinya tersenyuman lebar selepas pihak berkuasa bercadang untuk membenarkan laungkan azan berkumandang di kawasan luar masjid.

Di bawah ordinan baharu yang kini dalam proses perbincangan pihak majlis bandar raya, masjid akan dibenar menggunakan pembesar suara ketika melaungkan azan.

Melalui ordinan itu, bandar berkenaan akan memberi permit untuk azan di masjid, membunyi loceng di gereja dan lain-lain panggilan kepada pertemuan keagamaan.

Kebenaran itu dijangka berkuat kuasa dari pukul 6 pagi sehingga 10 malam, dengan setiap panggilan keagamaan tidak boleh melebihi lima minit.

Ordinan yang mendapat sambutan baik itu dicadangkan oleh Ahli Majlis Bandaraya Paterson, Shahin Khalique dalam mesyuarat Selasa lalu.

Kesemua ahli majlis akan berbincang berkenaan cadangan itu terlebih dahulu sebelum membuat kelulusan awal pada 25 Februari depan.

Paterson kini didiami lebih kurang 30,000 penduduk Islam dan berpuluh-puluh masjid dibina sekitar bandar raya berkenaan.

Ketika ini, setiap kali azan berkumandang pihak masjid tidak dibenarkan mengeluarkan bunyi di luar kawasan masjid.

Penduduk Islam di Barat sering berdepan dengan halangan semasa melaungkan azan, dengan pihak berkuasa menyifatkaNnya sebagai mengganggu ketenteraman awam.

Sebagai contoh di Belanda kebebasan beragama dilindungi oleh Perlembagaan 1980 yang membenarkan setiap agama melaksanakan amalan mereka.

Melalui undang-undang tersebut, majlis perbandaran boleh menghadkan durasi dan kekuatan bunyi azan namun tidak boleh menyekatnya.-Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close