Berita UtamaUtama

Gugur kes LTTE: Netizen kecam sikap berat sebelah Tommy

Selagi jadi AG, mahkamah Malaysia akan dicemuh, dipertikaikan rakyat

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 28 Jamadilakhir 1441H, Sabtu – Tindakan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menghentikan prosiding undang-undang terhadap 12 tertuduh yang sedang berdepan pendakwaan menyokong kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) mencetuskan kemarahan rakyat.

Tinjaun Ismaweb mendapati rata-rata pengguna media sosial mengecam keputusan beliau yang dilihat boleh menganggu kestabilan rakyat dan negara kerana berat sebelah, bahkan menunding jari kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atas tindakan melantik Tommy sebagai peguam negara.

Pengguna media sosial dikenali sebagai Faredah Ghazali mendakwa, peguam negara sekarang ini tidak menegakkan keadilan untuk rakyat apabila membela bangsa sendiri walaupun membuat kesalahan.

“Lihatlah kes Adib dan kini LTTE pula. Beraninya dia kerana di belakangnya ialah PH (Pakatan Harapan) yang sama perjuangan dengan dia,” dakwa beliau.

Sementara itu, Mohd Aizal Isa mendakwa, berdasarkan keputusan peguam negara sebelum ini, tiada apa yang boleh diharapkan untuk menegakkan keadilan.

“Pucuk pangkalnya Mahathir telah berjaya memusnahkan negara dan Melayu. Di atas tindakannya melantik pegawai berkuasa dari kalangan orang bodoh dan kaki rasuah. Dan tamparan hebat kepada KPN (Ketua Polis Negara) dan pegawai-pegawainya.

“Sekarang sudah jelas dan nyata polis tiada kuasa lagi dan tidak cekap menjalankan tugas,” demikian pula dakwa Abd Azam Mat Yassin.

Semalam, Tommy menegaskan keputusan menghentikan prosiding perbicaraan berkaitan LTTE terhadap 12 individu dibuat selepas mendapati tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap semua tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan yang sedang dihadapi mereka.

Bahkan katanya, keputusan itu mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkannya menjalankan kuasa budi bicara selepas menilai kes berkenaan mengikut undang-undang.

Selain itu, netizen bernama Rokiah Abass menegaskan, selagi Tommy menjadi peguam negara, maka selagi itulah keadilan dan mahkamah Malaysia akan dicemuh serta dipertikaikan rakyat.

“Sekarang kita sudah tahu kedudukan DAP dalam PH adalah yang teratas skali. Patutlah dia ‘tweet’ suruh tunggu keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) rupanya KDN pun khadam DAP,” dakwa Amar Ahmad dipercayai merujuk kepada jawapan seorang ahli Parlimen DAP kepada ISMA mengenai isu LTTE di Twitter baru-baru ini.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close