Berita UtamaUtama

PPSMI: Pelantikan guru mungkin akan diliberalisasi

Ada pihak bijak berpolitik akan sokong PPSMI demi kepentingan sendiri

BANGI, 27 Jamadilakhir 1441H, Jumaat – Dilema baru bakal timbul sekiranya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan semula, kata Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad.

Beliau percaya akan ada golongan cauvinis tampil memberi alasan kononnya penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid lemah disebabkan majoriti kakitangan perguruan adalah orang Melayu. 

“Jika kerajaan betul-betul melaksanakannya, pelantikan guru mungkin akan diliberalisasikan dengan mengembalikan lebih ramai guru di kalangan bukan Melayu yang lazimnya lebih kompeten dalam subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. 

“Inilah sebenarnya ‘floodgate’ pertama yang dinanti-nantikan untuk dipecahkan. Manakala floodgate kedua yang sedang menanti untuk pecah ialah kepentingan Bahasa Mandarin dan kelulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). 

“Puak-puak cauvinis akan kata, kelulusan graduan dari aliran pendidikan kebangsaan tidak kompeten, maka kerajaan wajib segera memperakui sistem pendidikan & kelulusan alternatif, terutamanya UEC,” katanya kepada Ismaweb.net.

Dek kerana itu, puak mereka pun sudah tidak peduli sama ada kerajaan mahu mengiktiraf ataupun tidak UEC, kerana sistem pendidikan dan sistem ekonomi mereka terjalin erat, dinaungi institusi politiknya, kata Dr Hasan.

“Dalam kemelut ini, komuniti pendidikan, ekonomi dan politik mereka pasti setuju dengan saranan Tun M untuk laksanakan PPSMI. 

“Secara tak langsung, sokongan itu akan redakan tekanan oleh Tun M terhadap sekolah vernakular. 

“Mereka amat bijak berpolitik, akan sokong PPSMI (atau paling tidak mereka tidak akan menentang kehendak Tun M), yang pasti mereka tak akan laksanakannya,” katanya.

Dasar PPSMI diperkenalkan pada 2003 ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat, namun menimbulkan bantahan sebelum ia dimansuhkan pada 2012.

Ia kembali mencetuskan polemik pada tahun ini apabila Tun Mahathir meluahkan hasrat untuk melakasanakannya semula.

Bagaimanapun, ramai pihak yang tidak bersetuju dengannya dan berkata dasar itu yang pernah dilaksanakan sebelum ini terbukti gagal, sehingga menyebabkan mutu pencapaian pelajar dalam bahasa Inggeris, Matematik dan Sains merosot.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close