Berita UtamaUtama

COVID-19: Penerbangan keluar masuk Iran digantung

Keputusan sebagai langkah berjaga-jaga cegah wabak tersebar

DOHA, 27 Jamadilakhir 1441H, Jumaat – Kuwait Airways menggantung penerbangan keluar dan masuk dari Iran, berikutan wabak COVID-19 yang dikesan di bandar Qom, lapor agensi berita Sputnik.

Pada Rabu, media melaporkan dua penduduk Qom meninggal dunia akibat dijangkiti virus berkenaan dan mereka didapati tidak langsung berhubung dengan warga China atau mengunjungi negara itu. Selain itu, Iran mengesahkan tiga lagi kes jangkitan di Qom dan Arak, manakala 19 lagi orang sedang diuji.

“Semua penerbangan ke Iran telah digantung bermula hari ini sehingga diberitahu kelak, selaras dengan syor Kementerian Kesihatan dan jabatan penerbangan awam,” kata syarikat penerbangan di Twitternya pada Khamis.

Kemudian pada lewat Khamis, Pihak Berkuasa Pelabuhan Kuwait (KPA) turut menggantung semua laluan masuk dan keluar dari Iran.

“Keputusan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga bertujuan mencegah penyebaran penyakit itu kepada penumpang,” kata KPA dalam satu kenyataan. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close