Berita UtamaDuniaTimur TengahUtama

Tiada tempat selamat di Idlib

Kekurangan bantuan, suhu sejuk ancam keselamatan kanak-kanak

IDLIB, 26 Jamadilakhir 1441H, Khamis – Ratusan ribu rakyat Syria melarikan diri ke kawasan berhampiran Turki susulan perang saudara yang melanda negara itu, selain menerima ancaman dan tekanan dari rejim presiden, Bashar al-Assad dan sekutunya, Russia.

Ketua urusan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan bantuan kecemasan, Mark Lowcock semalam memberi, amaran bahawa suhu beku di negara itu ketika ini turut mengancam dan membunuh bayi serta kanak-kanak.

Lowcock berkata, pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah berusaha sedaya-upaya mencukupkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria.

“Para pelarian bergerak ke kawasan yang semakin ramai, di mana pada fikiran mereka merasakan ianya kawasan selamat.

“Namun, tiada tempat yang selamat di Idlib,” katanya.

Beberapa hari lalu, seorang bayi berusia lima bulan, Areej Majid al-Hmeidi mati membeku, kata seorang pegawai sempadan Syria-Turki, Abu Anwar.

Hampir 900,000 pelarian Syria dengan separuh daripadanya adalah kanak-kanak telah melarikan diri daripada kediaman mereka sejak 1 Disember lalu, ketika rejim Syria dan sekutunya Rusia melakukan serangan ketenteraan ke atas kumpulan pengganas Takfiri Daesh, yang disokong militan asing di Ghouta Timur.-Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close