Berita UtamaUtama

Gunakan media sosial sebagai medan berdakwah, sampai teguran

Elak dedah kemewahan, maklumat peribadi bimbang diambil kesempatan

Oleh Rafidahtul Aqilah Seri Lanang

BANGI, 26 Jamadilakhir 1441H, Khamis – Media sosial merupakan medan terbaik untuk seseorang menyampaikan dakwah, membuat teguran, mencadangkan solusi dan membina persahabatan.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, melaluinya, tulislah sesuatu yang dapat memberi mesej positif dan bermanfaat kepada pembaca.

“Apa yang baik, akan tersebar juga walaupun mungkin lambat. Berapa banyak sudah berlaku post yang baik menjadi tular selepas kematian penulisnya.

“Kurangkan merintih nasib diri dalam media sosial kerana ia menampakkan kelemahan diri. Adulah kelemahan diri hanya kepada Allah kerana disisiNyalah kunci penyelesaian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Ustaz Muhammad Fauzi turut mengingatkan, supaya jangan gemar menunjuk-nunjuk perihal kemewahan di media sosial.

Katanya, ini kerana dibimbangi tercetus sesuatu yang tidak dikehendaki dan boleh memberi kesan tidak baik kepada seseorang individu.

“Jangan bermewah, dedahkan maklumat peribadi dan keluarga. Manusia yang iri hati dan berhati busuk, mereka sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan.

“Orang bijak tidak akan membenarkan dirinya menjadi alat untuk apa-apa medium,” katanya lagi.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close