Berita PilihanBerita UtamaUtama

COVID-19: 2 lagi pesakit sembuh

5 masih dirawat, tiada kes baharu dilaporkan

KUALA LUMPUR, 26 Jamadilakhir 1441H, Khamis – Dua lagi pesakit COVID-19 berjaya dipulihkan dan dibenarkan pulang semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh sepenuhnya daripada jangkitan virus itu kepada 17 orang.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kedua-dua kes itu merupakan kes ke-20 dan ke-21, melibatkan warganegara China yang disahkan positif dijangkiti COVID-19, pada 14 Februari.

Kedua-dua kes berkenaan juga merupakan sebahagian daripada 22 individu yang disahkan positif COVID-19, setakat hari ini.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), juga ingin memaklumkan bahawa tiada kes baharu dilaporkan pada hari ini.

“Jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan sehingga hari ini, kekal sebanyak 22 kes, dengan hanya lima kes masih dirawat di wad,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Dr Dzulkefly kesemua lima kes yang masih dirawat, adalah dalam keadaan stabil.-Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close