Berita UtamaDuniaPalestinUtama

Biadab! Zionis rancang bina 9,000 unit rumah haram

Tindakan Israel itu dipercayai akan halang kemajuan negara Palestin

BAITULMAQDIS, 26 Jamadilakhir 1441H, Khamis – Rejim pengganas Zionis berterusan bertindak biadab apabila merancang untuk membina 9,000 unit rumah haram di dua kawasan kejiranan Palestin di timur Baitulmaqdis.

Kumpulan pemantau anti-penyelesaian, Peace Now pada Selasa berkata, projek itu adalah kali pertama diluluskan Kementerian Pengangkutan Israel, bagi memperluaskan jalur kereta api dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis al-Quds.

Unit berkenaan akan dibina di lapangan terbang Atarot yang terletak di utara Baitulmaqdis dan di antara dua kawasan kejiranan Palestin.

Peace Now memberi amaran bahawa, pembinaan yang dirancang akan menguatkan penghalang di tengah-tengah kesinambungan bandar Palestin antara Ramallah dan Baitulmaqdis Timur.

Justeru, ia menghalang kemajuan negara Palestin

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memperkenalkan Pelan Damai Timur Tengah (Deal of The Century) untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

Bagaimanapun, pelan itu ditolak dan pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas bertindak memutuskan hubungan dengan AS dan Israel, setelah menyatakan beliau tidak mahu namanya diingati dalam sejarah kerana mengkhianati Palestin.

Kira-kira 650,000 penduduk Yahudi Israel kini tinggal di lebih daripada 100 penempatan haram yang dibina sejak tahun 1967, ketika Israel menduduki Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Palestin menginginkan wilayah-wilayah ini – bersama dengan Semenanjung Gaza – bagi penubuhan negara Palestin masa depan.-Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker