Berita UtamaUtama

‘Mesej’ Kasthuri mahu desak LTTE gugur dari senarai pengganas?

Adakah ada kaitan penahanan rakan-rakan wakil rakyat daripada DAP

BANGI, 25 Jamadilakhir 1441H, Rabu – Tindakan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto memuat naik laporan tahun 2017 bahawa Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah (EU) mengekalkan Hamas dalam senarai keganasan, mengeluarkan kumpulan pemisah Tamil Sri Lanka, LTTE hari ini menimbulkan tanda tanya.

Pemimpin DAP itu membalas sebuah ‘tweet’ di akaun Twitter milik Gerakan Pengundi Sedar (GPS) yang mendedahkan kaitan pemimpin-pemimpin DAP dengan kumpulan pengganas LTTE, di mana beberapa wakil rakyat parti tamak haloba telah ditahan kerana terkait dengan kumpulan pengganas.

Lantaran itu, Presiden gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya mempersoalkan sama ada Kasthuri mahu mengatakan bahawa LTTE bukan kumpulan pengganas.

“Adakah ini ada kaitan dengan penahanan rakan-rakan wakil rakyat dari partinya sendiri (DAP) yang ditahan itu? Apakah ini ‘mesej’ bahawa beliau mahu mendesak agar LTTE digugurkan dari senarai pengganas yang disenaraikan oleh kerajaan Malaysia?

“Jika benar telahan dan bacaan saya ini, maka ini adalah sesuatu yang perlu dipandang serius oleh semua pihak, terutamanya pihak keselamatan kerana kemungkinan keselamatan dan keamanan negara terancam.

“Ini kerana isu LTTE juga serius sebagaimana seriusnya kegiatan dan pemikiran komunis,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Haji Aminuddin yang juga Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA) menyifatkan, perkara itu antara bukti membenarkan bahawa ancaman keselamatan dalam negeri adalah semakin merisaukan dan menjadi-jadi.

“Saya berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan drastik dan tegas dalam isu-isu yang membabitkan keselamatan sebegini. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur baru mahu menyesal,” katanya.

Dalam laporan Reuters pada 26 Julai 2017 dimuat naik Kasthuri, EU mengekalkan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) pada senarai hitam keganasan EU
dan mengeluarkan LTTE daripada senarai.

Bagaimanapun menurut laporan Daily Mirror, pada 14 Januari lepas, LTTE terus disenaraikan sebagai kumpulan pengganas dalam senarai pengganas diperbaharui EU.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close