Berita UtamaUtama

DAP akan terus pecah majoriti Melayu untuk kekal berkuasa

Suka 'test water', siapa bangkit tentang, siapa barua tolong mereka

BANGI, 25 Jamadilakhir 1441H, Rabu – Parti paling dominan di Putrajaya, DAP akan terus melemahkan kesatuan orang Melayu dan Islam demi memastikan mereka kekal memegang dominasi tampuk pemerintahan negara.

Walaupun agenda parti tamak haloba bukan lagi menjadi rahsia buat umum, tetapi sekali lagi ditekankan oleh Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin, Datuk Seri Ramesh Rao secara langsung di program Kerusi Panas yang disirkan TV Pertiwi, malam ini.

Ramesh menegaskan, DAP bimbang sekiranya orang Melayu dan Islam bersatu, kerana mereka tidak akan mempunyai peluang untuk berkuasa lagi.

“Tengok sahajalah Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, mereka pecahkan Melayu, kepada Parti Amanah Negara (PAN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PAS dan UMNO. 

“Mereka perlu pecahkan perpaduan kaum majoriti. Kalau mereka (orang Melayu) lemah, lagi memudahkan untuk DAP menguasai negara,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu adalah salah satu daripada elemen Deklarasi Setapak 1967 yang memperjuangkan ideologi Malaysian Malaysia.

Dalam Deklarasi Setapak, pendirian DAP sangat tegas dan kukuh bahawa warganegara Malaysia tidak harus diasingkan dengan label ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’.

“Perjuangan mereka ni dah lama, 50 tahun dulu lagi mereka dah sasar. Mereka mahu melemahkan kuasa ekonomi Bumiputera. Salah satu buktinya sekarang tengok lah isu Tabung Haji (TH), mereka wujudkan Syarikat Tujuan Khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan, siapa yang jaga? Bukan Melayu. 

“DAP ni suka ‘test water’. Contohnya, kalau dia sentuh hak orang Melayu, dia akan tengok berapa yang akan bangkit lawan dan akan tengok berapa barua yang akan bangkit tolong mereka. 

“Contoh isu TH hari ini, Mujahid dah melenting. Dah ada defend DAP di situ. Jadi DAP ni pandai, misi utama mereka memang untuk memecahkan majoriti 65 peratus orang Melayu,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker