Berita UtamaUtama

Tak berjaya murtadkan Islam, mereka dakyah Hindu pula

MCCBCHST berdiam diri dan berat sebelah, kritik Islam semata-mata?

BANGI, 24 Jamadilakhir 1441H, Selasa – Tidak berputus asa memurtadkan umat Islam, pasangan misionari turut mengambil peluang berdakyah agama Kristian kepada masyarakat beragama Hindu di negara ini.

Perkara berkenaan didedahkan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung dalam satu hantaran berserta video berdurasi lebih 6 minit, di Facebook hari ini.

“Mereka tidak berjaya memurtadkan muslim, tetapi ramai Hindu dikristiankan pendakyah ini di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, sebuah video yang dimuat naik memaparkan masyarakat India di negara ini dikristiankan oleh golongan misionari, dengan mendakwa bahawa Jesus boleh menyembuhkan penyakit yang dihidapi mereka.

Bukan itu sahaja, golongan misionari itu turut mengambil peluang membaptis rakyat India sewaktu di kolam renang.

Malah, mereka juga mendakwa bahawa Jesus mampu menyelamatkan mereka dari kesusahan sebelum diberi sekeping wang RM50.

Pada masa sama, Firdaus yang juga Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) menempelak Tindakan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) yang hanya berdiam diri dan tidak mengkritik pendakyah Kristian berkenaan.

Kesal dengan perkara itu, Firdaus percaya, MCCBCHST juga tidak akan bersuara walaupun penganut Hindu dikristiankan.

“Andai mereka berdiam diri, bagus juga kerana ini menunjukkan prinsip mereka yang konsisten tidak mahu kritik pendakyah Kristian ini.

“Walaupun tidak salah secara Perlembagaan dan undang-undang, maka belum jelaskah mereka ‘double standard’ dan hanya mengkritik Islam semata-mata?

Sebelum ini, MCCBCHST menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) untuk menarik balik surat kebenaran menjalankan aktiviti dakwah di sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT).

MCCBCHST juga mahu pihak terbabit mengeluarkan surat baru menyatakan program Rakan Siswa Yadim hanya akan dijalankan dalam kalangan pelajar Islam dan tidak akan membabitkan pelajar bukan Islam.

Naib Presiden MCCBCHST, RS Mohan Shan berkata, surat kebenaran asal masih ada, walaupun KPM menafikan dakwaan aktiviti itu ialah langkah Islamisasi oleh Yadim di sekolah.

Katanya, majlis perundingan itu dibimbangi wujud ‘niat tersembunyi’ untuk menyebarkan Islam kepada pelajar bukan Islam.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker