Aminuddin bin YahayaBerita UtamaPendapatUtama

Isu pembinaan kuil: Kerajaan perlu wujud peraturan tertentu

Khuathir jika ada lagi kuil dibina di tanah rizab secara tak sah

BERHUBUNG dengan isu pencerobohan tanah di mana antaranya kuil telah diroboh kerana dibina secara tidak sah di Klang, ia berikutan kawasan berkenaan adalah kawasan rizab masjid dan sungai.

Isu ini perlu membuka mata semua pihak.

Saya tidak pasti kenapa tindakan oleh pihak berkuasa baru dilakukan sekarang dan bukannya di peringkat awal lagi, iaitu berbelas tahun yang lepas (sejak 2006).

Ini bukan kali pertama sebuah kuil dibina di tanah-tanah secara tidak sah.

Saya yakin bahawa sudah sampai masanya kerajaan mengadakan peraturan tertentu supaya kuil-kuil dapat dibina di tempat-tempat yang sewajarnya dan secara sah.

Kita bimbang akan ada lagi kuil-kuil yang dibina di tanah-tanah rizab atau persendirian secara tidak sah, yang akhirnya akan menimbulkan kontroversi.

Eloklah supaya pihak kuil mengambil langkah proaktif dengan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang pada masa hadapan.

Saya harap isu sebegini dapat diselesaikan di peringkat nasional kerana pelbagai salah faham dan kontroversi boleh dan akan terus berlaku.

Ini kerana isu sebegini adalah suatu isu yang sensitif dan perlu diselesaikan secara professional dan teliti.

Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA / Pengerusi PEMBELA

Penafian: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net. 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker