Berita Utama

Hajiji umum pertukaran portfilio antara Bung Moktar, Masidi

Bung Moktar sebagai Menteri Kerja Raya, Masidi pula Menteri Kewangan ll

KOTA KINABALU, 11 Safar 1442H, Selasa – Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor mengumumkan pertukaran portfolio antara Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Masidi Manjun.

Bung Moktar dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah I merangkap Menteri Kerja Raya manakala Masidi sebagai Menteri Kewangan ll merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Hajiji berkata beliau memerlukan Masidi yang berpengalaman khususnya dalam membantu beliau untuk memulihkan ekonomi Sabah dan menghadapi pandemik COVID-19.

“Masidi berpengalaman dalam bidang kewangan dan ekonomi, saya memerlukan beliau dan (pelantikannya) dipersetujui semua,” katanya, pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dan taklimat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini hari ini.

Terdahulu, Masidi dilantik sebagai Menteri Kerja Raya manakala Bung Moktar sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah pada majlis angkat sumpah Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, di sini, pagi tadi. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button