Berita UtamaUtama

100,000 akan hilang pekerjaan jika COVID-19 berterusan: MEF

Banyak syarikat terjejas, sebahagian pendapatan mereka merosot

BANGI, 24 Jamadilakhir 1441H, Selasa – Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan hampir 100,000 rakyat negara ini akan kehilangan pekerjaan jika wabak koronavirus (Covid-19) – yang kini sudah merebak ke 26 negara – berterusan sehingga penghujung tahun.

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, tahun lalu 40,000 orang hilang pekerjaan, namun kesan ekonomi akibat virus misteri itu boleh meningkat dua kali ganda daripada jumlah berkenaan.

Katanya, ketika ini banyak syarikat terjejas apabila sebahagian pendapatan perniagaan mereka merosot sehingga 50 peratus berbanding yang diperoleh sebelum ini.

“Sekiranya keadaan berterusan, angka pemberhentian boleh mencecah setinggi 100,000, iaitu lebih daripada dua kali ganda pada 2019,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Datuk Abdul Halim Mansor memetik sebagai berkata, kerajaan perlu mengambil serius jangkaan MEF dengan mencari rakan perdagangan alternatif.

Beliau percaya jika isu wabak ini tidak ditangani, kemungkinan berlaku pergantungan terhadap pekerja asing kerana gaji mereka lebih rendah dari orang tempatan.

“Tahun lepas, mereka (MEF) meramalkan 30,000 hingga 40,000 diberhentikan sementara dan ia benar-benar berlaku.

“Jadi, saya berharap apa yang dikatakan kali ini (kemungkinan 100,000 pemberhentian) tidak akan dibuang oleh kerajaan.

“Ini kerana mereka yang paling terjejas adalah rakyat Malaysia sendiri. Majikan sebaliknya akan mengekalkan pekerja asing kerana lebih murah,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker