Berita UtamaDuniaUtama

Turki musnah lebih 900 periuk api di Utara Syria

Kementerian berkerjasama dengan guru sekolah beri latihan kepada kanak-kanak

ALEPPO, 23 Jamadilakhir 1441H, Isnin – Pasukan keselamatan Turki telah memusnahkan 903 periuk api dan 1,720 sisa bahan letupan di bawah operasi antikeganasan terbaharu di Utara Syria, kata Kementerian Pertahanannya.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, kanak-kanak sering menjadi mangsa periuk api dan peranti letupan (IED) di zon operasi Peace Spring.

Difahamkan, menanam periuk api adalah satu taktik yang biasa digunakan militan untuk memperlahankan pergerakan musuh mereka.

Selepas pengunduran militan berkenaan, pasukan kerajaan berdepan satu lagi cabaran utama iaitu memusnahkan kesemua periuk api yang ditanam.

Bagi mengekang kemalangan akibat bahan letupan berkenaan, Kementerian Pertahanan Turki bekerjasama dengan guru Turki dari wilayah Sanliurfa, melancarkan program latihan pada 5 Februari untuk pelajar dan guru di sekolah-sekolah di berkenaan.

“Latihan ini bertujuan untuk melindungi penduduk di rantau ini dan terutamanya kanak-kanak daripada terkena mana-mana periuk api atau IED yang ditanam oleh pengganas di bandar dan di luar bandar dengan mengajar mereka untuk tidak menyentuh atau menggerakkan peranti ini apabila mereka melihatnya tetapi sebaliknya memberitahu segera unit tentera,” kata kementerian itu.

Pada 9 Oktober tahun lalu, Turki melancarkan Operasi Peace Spring untuk menghapuskan kumpulan militan dari utara Syria di sebelah timur Sungai Euphrates untuk menjaga sempadan Turki dan membantu pelarian Syria pulang dengan selamat. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close