Berita UtamaUtama

Melayu Islam jadi teras, politik negara pasti stabil

Naratif Melayu tertumpu pada DAP kerana suara mereka agak 'kuat'

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 23 Jamadilakhir 1441H, Isnin – Teras Melayu Islam harus menjadi kerangka kepada politik Kerajaan Malaysia kerana ia menjamin kestabilan negara, kata penganalisis politik, Dr Mazlan Ali.

Beliau berkata, secara asasnya orang Melayu adalah bangsa majoriti yang mengasaskan negara ini serta mempunyai sejarah yang panjang, maka sudah pasti hak-hak Melayu adalah perkara yang perlu dipertahankan.

“Dalam konteks ini cabaran yang dihadapi negara adalah dahulu orang berfikir selepas era Barisan Nasional (BN), adakah kerajaan yang menggantikan kerajaan lama ini mampu menjaga kepentingan orang Melayu.

“Jadi saya lihat banyak naratif politik yang berlaku pada hari ini adalah dalam kerangka respons orang Melayu terhadap prestasi kerajaan.

“Paling dipandang sebagai penting oleh orang Melayu adalah mereka melihat tindak-tanduk atau prestasi DAP – satu daripada komponen Pakatan Harapan (PH) – adakah parti ini boleh memainkan peranan sebagai sebuah parti kerajaan yang boleh menjaga dan mendukung agenda Melayu,” katanya dalam temu bual Cakap Serupa Bikin di TV Pertiwi, malam ini.

Mengulas lanjut, Dr Mazlan berkata, naratif orang Melayu sekarang ini difokuskan kepada DAP susulan parti itu agak ‘kuat’ suaranya jika dibandingkan dengan parti komponen BN terdahulu iaitu MCA dan MIC.

Katanya, MCA dan MIC amat ‘kurang’ suaranya kerana UMNO sebuah parti hegemoni tetapi dalam konsep PH, mereka mempunyai sejumlah parti yang agak seimbang dari segi kekuatan.

“…mungkin mereka (PH) masih baharu sebagai sebuah kerajaan dan DAP masih banyak lagi perlu belajar untuk menjadi satu parti kerajaan. Sebenarnya mereka harus sedar bahawa berada dalam sebuah kerajaan yang terasnya orang Melayu dan Islam.

“Sekiranya tindak-tanduk atau pretasi mereka itu masih lagi berasaskan kepada kaum-kaum tertentu, akan memberikan impak politik yang sebenarnya akan merugikan mereka sendiri. Ini kerana soal perkauman, orang bukan Melayu sendiri faham dari aspek dominasi Melayu dalam negara ini.

“Saya tidak fikir selama-lamanya DAP boleh menjadikan perkauman itu sebagai teras ataupun agenda parti. Seharusnya mereka melihat politik itu dalam konteks lebih terbuka,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close