Berita UtamaUtama

Kena bincang lebih teliti nak bentuk kerajaan Melayu- Islam

Perlukan konsensus dan syura, bukan perkara mudah tukar kerajaan

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 23 Jamadilakhir 1441H, Isnin – Penubuhan kerajaan penyatuan Melayu-Islam bukan hanya dilihat dalam faktor tertentu sahaja, sebaliknya mesti diperhalusi dan memerlukan perbincangan yang lebih luas.

Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz berkata, walaupun bersetuju dengan penubuhan kerajaan bertunjangkan Melayu-Islam, namun prinsip dan asas penukaran pemerintah mesti dilihat dengan teliti.

Ini kerana, kata beliau, sikap kebanyakan ahli politik di negara ini dilihat seolah-olah hanya berfikir untuk jangka pendek tanpa membayangkan keadaan negara selepasnya.

“Kerajaan sedia ada yang tidak ‘perform’ dan kerajaan didominasi oleh DAP mesti dijatuhkan. Tetapi, apa selepasnya? Adakah menjamin kesejahteraan negara pada masa hadapan?

“Pada saya, ia perlu dilihat dengan lebih luas lagi dan boleh diperbincangkan pimpinan bagaimana, apakah prinsip serta asas untuk tukar kerajaan? Adakah berdasarkan inklusif atau eksklusif?,” katanya dalam temu bual Cakap Serupa Bikin di TV Pertiwi, malam ini.

Dr Badhrulhisham berkata, beliau tidak menafikan kerajaan sekarang patut ditukar berdasarkan beberapa faktor kukuh serta dominasi dalam hagemoni orang Islam di negara ini.

Bahkan katanya, tiada masalah untuk pertukaran kerajaan berlaku sama ada melalui pilihan raya, pembubaran Parlimen atau mana-mana pakatan baharu dibentuk, selagi mana berada dalam rangka Perlembagaan dan undang-undang.

“Apa asas kita mahu gantikan kerajaan sekarang mesti kukuh. Bukan sahaja kita bercakap berdasarkan prinsip, tetapi berasaskan ‘performance’ mereka.

“Semalam Tun Daim telah membuat kenyataan bahawa rakyat memerlukan satu kerajaan yang stabil, kuat supaya boleh bawa negara ke hadapan. Inilah faktor yang perlu dilihat.

“Ia memerlukan konsensus, syura dan sebagainya yang perlu diberi perhatian. Jadi, ia bukan satu perkara mudah untuk tukar kerajaan, ia rumit kerana ada asas-asas tertentu yang perlu diperhalusi,” katanya.

Sebelum ini terdapat desas-desus akan terbentuknya Pakatan Nasional sebagai satu gabungan politik antara UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Spekulasi itu tercetus awal Februari lalu selepas bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendedahkan mengenai perkara berkenaan – dengan mengaitkan presidennya, Datuk Seri Zahid Hamidi -.

Walaupun hanya khabar, ia sudah mendapat tentangan Setiausaha Agung, DAP, Lim Guan Eng kononnya jika berlakunya dominasi Islam di negara ini – Pakatan Nasional mengambil alih PH – ia boleh dianggap sebagai politik bahaya, memecah -belah dan membinasakan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close