Berita UtamaDuniaUtama

Bashar janji bebaskan Syria dari pemberontak

PBB sekali lagi gesa kedua-dua pihak wujud gencatan senjata

DAMSYIK, 23 Jamadilakhir 1441H, Isnin – Presiden Syria, Bashar al-Assad berjanji akan membebaskan negara itu dari cengkaman pemberontak dengan merampas semula wilayah utama Aleppo.

“Rakyat Syria bertekad untuk membebaskan semua wilayah Syria,” katanya.

Tentera kerajaan Syria telah digerakkan bagi menyerang kumpulan pemberontak terakhir yang kini berada di Barat Laut negara itu.

Pemimpin Syria mendakwa, `pengganas’ di Barat Laut telah menggunakan penduduk sebagai perisai manusia dalam usaha menghentikan kemaraan tentera ke wilayah berkenaan.

Sokongan dari Russia dan Iran membolehkan Bashar menguasai lebih banyak wilayah yang jatuh ke tangan pemberontak yang berusaha untuk menjatuhkannya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pada itu meminta kedua-dua pihak mewujudkan gencatan senjata.

Lebih 400,000 orang telah terbunuh dan separuh penduduk Syria berpindah sejak protes aman pada tahun 2011, di mana berubah menjadi perang saudara yang telah dicetuskan oleh campur tangan asing.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close