Berita UtamaUtama

VIDEO | Lelaki pijak al-Quran undang amarah umat Islam

Menteri perlu beri amaran tegas elak Islam dipersenda

BANGI, 21 Jamadilakhir 1441H, Sabtu – Pihak berkuasa diminta memandang serius isu individu memijak al-Quran kerana tindakan pelaku adalah sangat biadab yang boleh mendatangkan kemarahan umat Islam, kata Presiden Kesatuan Melayu Nasional (KMN) Yahya Long Ali.

Beliau berkata demikian merujuk video yang tular di media sosial, memaparkan seorang lelaki bertindak memijak al-Quran di dalam sebuah bilik yang masih belum dikenal pasti lokasinya.

“Perbuatan yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini tidak boleh dipandang ringan.

“Jangan main-main berkaitan isu agama ini. Jika tidak dikawal, kita risau ada pihak yang akan bangkit dan membekangi undang-undang, jika perkara ini berterusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular seorang lelaki – didakwa memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) – membuat siaran langsung di Facebook bertindak memijak al-Quran.

Menggunakan nama Facebook Zack Hard Candy, lelaki berkenaan turut bertindak menghina Allah SWT.

“Allah maha gila seks, Allah maha munafik. Itu antara 9,999 bilion nama aku. Allah maha gangster pun aku,” katanya.

Tidak lama selepas itu, biliknya didatangi sekumpulan orang awam yang berang dengan tindakannya.

Kumpulan berkenaan bertindak membelasah lelaki OKU itu, setelah berlaku pertengkaran sesama mereka.

Bukan itu sahaja, tindakan lelaki itu turut mendapat kecaman warga netizen, selain turut menyokong kumpulan orang awam terbabit demi menegakkan agama Islam.

Mengulas mengenai perkara itu, Yahya menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa untuk lebih peka mengenai isu terbabit.

Yahya berkata, tindakan tegas juga perlu diambil oleh kementerian termasuk Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Katanya, perkara berkenaan penting bagi memberi kesedaran kepada masyarakat supaya perkara sama tidak berulang.

“Menteri di Jabatan Agama jangan hanya memberi kenyataan longgar bagi menjaga hati pihak lain dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menangani perkara ini.

“Kita mohon menteri berkaitan memberi amaran serta mengeluarkan kenyataan tegas dan keras agar tidak ada lagi pihak yang berani menyentuh, mempersenda dan menghina Islam,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close