Berita UtamaIstimewaUtama

Permainan ‘fobia bangsa’ Kit Siang gagal

Sifat tamak DAP rebut kuasa sudah sampai tahap naik kepala

BANGI, 20 Jamadilakhir 1441H, Jumaat – DAP cuba mempamerkan imej kononnya sebuah parti yang tidak rasis, namun gagal menyembunyikan hakikat bahawa merekalah yang paling rasis, dakwa Presiden gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya.

Beliau mendakwa, sifat tamak DAP sudah naik ke kepala untuk mendapatkan kuasa, walaupun kini parti itu sudah menguasai jawatan EXCO di hampir semua negeri dan menjadi pelbagai menteri dan timbalan menteri Kerajaan Persekutuan.

“DAP sudah kehilangan modal dan cuba menakut-nakutkan rakyat walhal sejarah membuktikan kepimpinan orang Melayu tidak pernah menganiaya bangsa lain malah hidup senang lenang melebihi orang Melayu itu sendiri.

“Adakah Lim Kit Siang mahu mengatakan bahawa orang Melayu tidak mampu memerintah negaranya andai tiada bangsa lain?

“Apakah Lim Kit Siang sebenarnya mahu merendah-rendahkan orang Melayu? Sudah-sudahlah menghasut dan menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Haji Aminuddin berkata demikian dipercayai sebagai mengulas pandangan veteran DAP, Lim Kit Siang yang dilihat merendah-rendahkan impian rakyat yang mahukan kerajaan didominasi gabungan parti Melayu Islam.

Sebelum ini Kit Siang membantah gesaan supaya kerajaan dikuasai oleh satu kumpulan etnik, memberi amaran bahawa ideologi sedemikian kononnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang gagal – dipanggil ‘Venezuela Asia Tenggara’.

Mengulas lanjut, Haji Aminuddin yang juga Pengerusi Pertubuhan Pembela-pembela Islam (PEMBELA) berkata, permainan ‘fobia bangsa’ Kit Siang terhadap bangsa Melayu menyebabkan DAP selaku sebuah parti politik lama gagal mendapat sokongan masyarakat Melayu di Malaysia ini.

“Strategi Kit Siang menghasut masyarakat bukan Melayu sudah digunakan sejak sekian lama tetapi mungkin sudah tidak boleh dipakai lagi kerana teknologi semakin canggih.

“Kita boleh ‘membaca’ apa yang dihasut oleh mereka, walaupun bukan dalam Bahasa Melayu,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close